Perkhidmatan Kami

Memberi perkhidmatan untuk menangani proses pengangkutan, kastam, pengurusan gudang dan penghantaran pesanan untuk anda, anda hanya perlu fokus pada aktiviti perniagaan utama anda.Semua dalam satu, membantu anda menjimatkan masa dan wang tanpa kerisauan!

Pengangkutan Antarabangsa

Kami menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan pengangkutan dan logistik antarabangsa untuk memenuhi keperluan bekalan antarabangsa anda.

Kami mempunyai pengalaman logistik global yang dapat bantu anda untuk menyelesaikan masalah pengangkutan antarabangsa. Kami mengguna syarikat penerbangan komersial, perkhidmatan sewaan, pengangkutan laut dan pengangkutan darat yang membenarkan kami hantar barang kepada pelanggan tepat pada waktunya yang dijangka.

Proses Pelepasan Kastam

Selama berpuluh-tahun, kami juga menyediakan perkhidmatan pelepasan kastam. Sebagai syarikat penghantaran yang terkemuka, pasukan kami akan mengkaji dengan teliti semua peraturan tempatan untuk membantu anda menyelesaikan masalah undang-undang perdagangan. Memenuhi keperluan dan penyelesaian untuk perniagaan anda, agar anda dapat menggunakan perkhidmatan pengangkutan kami untuk menangani perniagaan anda tanpa kerisauan.

Kami memiliki pengetahuan dan pengalaman yang banyak dalam bidang ini, dapat memberikan pelanggan penyelesaian khusus khas supaya memendekkan waktu penghantaran, mengoptimumkan aliran tunai kadar pertukaran untuk meminimumkan tarif.

Pasukan profesional kami memahami sepenuhnya bidang ini dan telah meringkaskan prosesnya, jadi pelanggan kami tidak perlu risau tentang prosedur pelepasan kastam, penyimpanan atau pengambilan yang rumit.

Perkhidmatan Gudang

Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan gudang yang berkualiti tinggi,kami menyediakan ruang penyimpanan untuk pelanggan yang memerlukan kemudahan pergudangan yang baik. Gudang kami dilengkapi dengan kemudahan yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, seperti: perkhidmatan pengangkutan trak tempatan, insurans gudang, rekod inventori dan pengurusan inventori. Selain itu, gudang kami mempunyai pemantauan jarak jauh 24 jam dan kemudahan keselamatan yang ketat untuk memastikan keselamatan stok supaya anda selesa simpan stok dalam gudang kami.

Dengan pengetahuan profesional dalam bidang ini, kami dapat memberikan pelanggan perkhidmatan yang berkesan dengan cara yang lebih efektif. Pelanggan juga boleh memilih perkhidmatan gudang jangka panjang atau jangka pendek mengikut keperluan mereka.

Perkhidmatan Promosi Penjualan

Ingin jual produk pada live? Tatapi tidak berani menunjukkan wajah anda di kamera dan cakap dengan penonton anda? Pada Facebook, Lazada atau Shopee, kami tolong anda menjual produk melalui live. Kami mempunyai pasukan jualan langsung yang profesional.

Pasukan kami akan berkomunikasi dengan anda untuk memahami ciri dan nilai jualan produk anda, dan membantu anda merancang dan mengira kosnya. Semasa siaran langsung, pasukan siaran langsung kami juga akan bertanggungjawab untuk memantau trafik dan memantau catatan transaksi dalam masa nyata.

Kami juga ada saluran penjualan lain termasuk media tradisional. Kami juga dapat membantu anda buat publisiti, misalnya: untuk setiap barang yang perlu dihantar dari gudang kami, kami boleh melampirkan risalah / kupon produk anda.

Berkomitmen untuk menyediakan pelbagai saluran dan pilihan penjualan kepada pelanggan kami.

Pilih dan Bungkus

Setelah menerima pesanan dari pelanggan, kami akan memilih dan bungkus barang yang disimpan oleh penjual di gudang kami.

Sistem pemungutan senarai yang digunakan oleh kakitangan gudang dapat mengetahui bilangan tepat setiap produk dari lokasi tertentu di gudang. Kami juga menyediakan perkhidmatan pembungkusan pakej untuk barang, mengikut jenis, jumlah dan kuantiti barang untuk cara pembungkusan yang sesuai. My Parcel Store mempunyai kakitangan pembungkusan profesional untuk memastikan bahawa pembungkusan barang yang berkualiti, jadi anda tidak perlu risau.

Ini akan memudahkan proses penghantaran dan pembungkusan anda untuk menjimatkan masa dan mengurangkan kos anda.

Penghantaran Pesanan

Gudang MPS akan mengatur penghantaran bungkusan yang tepat masa. Ini adalah sangat penting untuk mewujudkan sistem rangkaian pengedaran yang lancar dan padat dengan syarikat logistik tempatan untuk memastikan bahawa proses pengangkutan boleh dilakukan dengan sempurna. Kami juga dapat menyediakan perkhidmatan tambahan pengedaran barang kepada pelanggan.

Pesanan anda boleh dimuat naik ke laman web kami pada bila-bila masa. Setelah sistem gudang menerima pesanan anda, gudang akan mengatur bungkusan dan penghantaran secara langsung kepada anda pada hari yang sama. Di samping itu, kami juga menyediakan perkhidmatan mengembalikan dan menukar komoditi untuk memberi anda perkhidmatan logistik yang fleksibel untuk menghantar barang tersebut kepada pelanggan anda.